kpd org" yg suke grafik bce ney !
kepentingan grafik
Sebahagian besar keberkesanan media pengajaran bergantung kepada kualiti kerja seni serta bahan grafik yang berkaitan. Ini kerana seni grafik, visual, skema warna dan rekebentuk media pengajaran yang menarik dapat menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar. Ini dapat dicapai melalui teknik penyediaan grafik, pra-gubahan media, perancangan berorentasikan objektif dan tahap pencapaian pelajar, mengambil kira teori-teori pendidikan serta mengaplikasikan teknik seperti mana yang akan dibincangkan secara ringkas.
Seorang guru tidak semestinya berkemahiran tinggi dalam seni grafik untuk menghasilkan media pengajaran yang mempunyai unsur-unsur grafik Sebaliknya, prinsip-prinsip seni grafik serta teori pendidikan dapat memandu guru bagi menghasilkan visual media pengajaran yang memuaskan.
ap itu grafik ?
Perkara-perkara yang berkaitan dengan tulisan dan lukisan. Bahan grafik adalah perwakilan simbolik dan artistik sesuatu komputer
Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat diterangkan oleh teks
A Picture Can Tell A Thousand Of Story
Grafik adalah media yang paling eksplisit, mudah, ringkas dan terbukti keberkesanannya dalam menyampaikan suatu mesej (dalam konteks ini, proses P&P). Keupayaan grafik kini tidak terhad kepada monochrome, 2 warna atau satu objek sahaja bahkan boleh mencapai grafik, gambar atau visual yang kompleks, mengadungi seperti warna asal melalui bantuan peralatan digital
grafik berkomputer dlm dunia pendidikan
Grafik vektor atau aturcara melukis menggunakan pengaturcaraan komputer dan perisian-perisian khas untuk perindustrian rekabentuk dalaman atau senibina.
Grafik raster pula digelar sebagai aturcara mengecat dan mampu menghasilkan gambar yang tepat serta teliti contoh yang mudah ialah Paintbrush
arah tujuan komputer grafik
Dalam dunia pengkomputeran, komputer grafik adalah yang paling susah hendak diterokai kerana imaginasi karyawan yang infiniti
Komputer yang digunakan juga adalah berkuasa tinggi dan tiada batasan kepada kekreativitian peneroka komputer grafik
Dulu kita tidak pernah bayangkan kehadiran filem seperti Jurassic Park, yang menjadi filem pelopor dalam komputer grafik digital. Dalam peti televisyen di Malaysia kini terdapat iklan-iklan yang menggunakan komputer grafik dalam bentuk animasi dan kesan khas contohnya iklan susu cap bendera dan iklan kereta Proton Tiara
Older Post . Newer Post